Friday, April 24, 2015

Cousin Wedding 2015

Assalammualaikum semua, hajar nak throwback sikit masa wedding cousin hajar dekat Johor Bahru pada 4/4/2015. Biasalah bila lama sedara mara tak jumpa bila jumpa mulalah bergambar sana sini. Hajar rasa gambar kami yang sepupu ini lebih banyak dari gambar pengantin kot, sorry sha (pengantin perempuan aka my cousin) 



Tema untuk kami yang sedara mara ini color dusty pink, ha apa lagi semua duk pakat warna samalah yang seakan-akan pun ada kira janji pink sudah. Gambar di bawah itu hanya separuh sahaja, Banyak gambar yang kami ambil, kebetulan wedding dekat dengan kolam, apa lagi bergambar tepi kolamlah banyaknya.









Masa syok bergambar tiba-tiba ada makcik dengan pakcik tegur kami cakap " Kalau ambik gambar dalam kolam lagi cantik" Kami apa lagi bantal gelaklah, pakcik ini buat lawak pulak. Ingat bridal , shower ala sharifah sakinah, terjun kolam gitu. HahAHA.



Inilah pasangan cousin hajar, ucapan untuk diaorang semoga berbahagia till Jannah dan cepat2 timang baby..hehe


Thursday, April 16, 2015

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Assalammualaikum dan hello semua :)

Semua orang lalui perubahan dalam hidup, ada perubahan yang menjadi lebih baik, ada yang menjadi lebih cantik, ada yang jadi lagi kacak. Eh macam-macamlah lagi, Tak ada orang yang nak lahir tak sempurna contoh lahir buta, cacat, pekak dan bisu. Semua itu sudah ketentuan Allah. Kita yang sempurna cukup semuanya kenapa masih tidak bersyukur? . 

Macam hajar sendiri, masa sekolah dulu memang a bit different dari sekarang. Masa sekolah hajar ini gelap aka hitam plus pula kepada gemuk, kira memang pakejlah. Hajar sangat merendah diri masa sekolah, hajar tak pandai nak bergaul dengan kawan-kawan yang ramai. Hajar teringat bila balik sekolah mesti ada sekumpulan lelaki akan kejar hajar dan ejek kuat-kuat cakap hajar gemuk hitam plus ada singkatan lagi GH. Yang paling sedihnya bila mamat yang hajar suka pun duk sama ejek hajar, wow kau memang gila kentanglah hajar oiii. Semua ini tak lama, dalam petengahan tahun macam itu, hajar pindah sekolah sebab ayah kena transfer. Masa itu, rasa bersyukur sebab tak payah nak hadap muka-muka depa tu, fuhh lega gitu...



Masa berlalu dengan pantas, thanks to them now hajar lebih hargai orang lain dan hajar tak memilih untuk berkawan. Bagi hajar kalau luaran sahaja cantik atau kacak tak guna sebab dalaman yang sangat penting.Confident level hajar agak ok berbanding dahulu.



Just nak share lah ye, macam mana cantiknya awak kalau perangai buruk tetap juga nampak buruknya begitu juga macam mana kacaknya awak tapi perangai teruk tak usah nak mimpi dapat perempuan yang baik. Kita semua ini sama sahaja, semua orang ada kecantikan yang tersendiri, tak payahlah duk menghina orang yang lemah sebab mungkin nanti berbalik pada awak sendiri. 


Untuk semua perempuan yang rasa diri tak cantik macam orang lain, baik hentikan lah sebab awak sebenarnya lagi cantik dari mereka. Make a change my dear, nak cantik kena rajin dan makan masa yang lama. Hajar tak kata hajar cantik tapi hajar beryukur sebab dapat cerahkan kulit hehe...sekarang target nak kurus tapi macam tak kesampaian jadinya sekarang just control makan sahajalah bagi badan tak kembong...hahaha