Saturday, June 15, 2019

Opsss!!!!! Ada Lesen tapi takut Nak Drive :p

Assalammualaikum semua, lamanya tak update blog. Jadi untuk tahun 2019 ini, hajar nak bercerita tentang macam mana hajar dapat lesen memandu kereta.  Sebelum itu, hajar nak story tentang macam mana hajar amik lesen car driving dulu.

Hajar amik lesen masa tu umur 21 tahun, kira dah sepuluh tahun beb lesen aku. Hebat bukan..hahaha...Back to story, hajar masa tu tengah tunggu tawaran sambung diploma sebab sebelum tu amik sijil kt politeknik. Jadi time tu kerjalah, masa tu kerja pembantu inventory kt warehouse gaji memang ciput habis wei RM800 cam tu. Dekat setahun gak hajar kerja situ.

Time tu amik lesen kereta RM900 ke RM1000 macam tu, jadi hajar macam hmm gaji kecil macam mana nak amik lesen ni kan. Lepas tu tak puas hati pergi driving school dan tanya boleh ke kalau saya bayar ansuran tiap bulan untuk dapatkan lesen kereta. Memang time tu nekad habis, nak juga belajar drive kereta. Alhamdullilah owner tu kata boleh, time tu memang syukur sangat.

Dengan gaji yang kecil time tu hajar sangat nekad untuk ada lesen kereta. Hajar sanggup ikat perut tahan lapar kat pejabat sebab duit nak guna untuk amik lesen semua. Alhamdullilah hajar dapat habiskan kelas drive semua, walaupun amik masa yang lama tapi syukur sebab lulus semua.

Lepas dapat lesen kereta hajar tiba-tiba takut nak drive kereta. Hajar start drive kereta ke jalan raya tahun 2017 macam tu, bayangkan beria kau amik lesen tapi bertahun baru berani nak drive kat jalan raya..haha..rasa kelakar..itu pun hajar memang push habis diri time tu untuk drive kereta ke jalan raya besar. Alhamdullilah sekarang hajar dah teror drive kereta gitu, dah lepas dari KL - JB, KL - PERAK.

Kepada korang yang ada lesen tapi takut nak drive sila paksa diri sendiri untuk drive, sebab bila kita cakap kat diri kita boleh dan positif think mesti kita akan berani untuk drive kereta. Sebab hajar pernah alami situasi macam itu jadi hajar memang faham habis, yela bila ada lesen tapi tak drive kereta orang duk mengata. Eh hajar, ada lesen kan nape takut nak drive? Eleh drive ajela..bla bla bla...time tu memang rasa bengang tapi sekarang tidak lagi.