Monday, October 23, 2017

Pulau Pinang Trip Bajet Day 2

Assalammualaikum dan hye semua, kali ini hajar nak sambung pula trip bagi kami. Disebabkan teringin nak pergi ke Bukit Bendera, maka hajar pun gagahkan diri dan 'search' cara yang senang untuk pergi ke Bukit Bendera menaiki pengangkutan awam. Awal-awal pagi lagi kami naik Grab Car untuk ke Komtar Terminal (jalan kaki dalam 600m) tapi sebab kemalasankan jadi kami naik sahaja Grab car, tambang pun hanya RM3 sahaja. Sebelum naik bas kami sarapan dulu, kebetulan ada gerai-gerai makanan di area terminal bas itu. Alhamdullilah kuih semua sedap-sedap wei kat situ, harga pun sangatlah berpatutan. 





Dekat terminal komtar ini senang sangat korang nak pergi mana-mana naik bas sebab ada skrin paparan nombor bas dan lokasi yang bas itu akan pergi terpapar pada skrin tersebut. Untuk ke Bukit Bendera kami naik Bas Rapid (204) tambang hanya RM 2 sahaja. 


Sesampainya kami di Bukit Bendera terus ke kaunter untuk membeli tiket masuk. Untuk pengetahuan semua, kalau korang tak nak bersesak-sesak dicadangkan ambil tiket yang ekpress tapi kalau korang rasa mahal korang boleh datang awal. Masa hajar sampai dalam pukul 10.30pagi jadi tidak ramai orang. Kami beli tiket yang RM 10 untuk 2 hala, kalau korang pelajar silalah bawa kad pelajar kemana sahaja kerana untung wei. Harga pelajar hanya RM5 pergi balik. 




Masa beratur nak naik 'train' kemain 'excited' sebab tak pernah pergi situ kan. Dalam train itu, korang pilihlah tempat duduk yang strategik barulah boleh tengok permandangan yang cantik sekitar Bukit Bendera. 




Bila dah sampai kat area atas itu apa lagi memang bergambar sakanlah kami, setiap sudut kami bergambar. Sambil tengok keindahan Pulau Pinang dari atas itu.




Kami turun dari Bukit Bendera dalam tengahari macam itu sebab nak pergi makan tengahari. Kelaparan tahap dewa dah rasanya masa ini. Macam biasa kami naik Bus Rapid (204) tambang RM 2 juga.



Makan tengahari kami pada hari ini adalah MEE SOTONG dan Pasembor. Kebetulan bas yang kami naik turun dekat area Padang Kota, jadi apa lagi kami turunlah kat situ. Lepas makan tengahari kami balik ke hotel berehat.


Disebabkan semalamnya kami tak dapat makan Ais Kepal, jadi kami pun apa lagi jalan kaki ke Penang Street Arts. Dari hotel kami hanya 600 m. Kepenatan berjalan sudah terasa jadi apa lagi terus pergi ke gerai Ais Kepal, fuhhh nasib baik buka. 







Kami berjalan sampailah kat Little India, sekali tengok signboard Padang Kota dekat depan sahaja. Terus kami jalan ke area Padang Kota. Sampai area Padang Kota apa lagi kami pun menjalankan misi makan dan makan dan makan. Kali ini, kami makan PASEMBOR dan SOTONG KANGKUNG Terbaik wei. Sedap giler makanan kat area situ. 


.
.
.
.
.
.
.
.

.
Bateri fon dan laptop dah habis, maka nanti hajar sambung lagi okay...

xoxo,
hajar :p



Thursday, October 19, 2017

Pulau Pinang Trip Bajet 2017 Day 1

Assalammualaikum dan hye semua, sudah lama hajar tidak kemaskini blog ini. Hari ini hajar nak kongsi percutian bajet ke Pulau Pinang  bersama adik beradik hajar. Awal tahun 2017 dalam bulan Januari macam itu, hajar tempah tiket Air Asia yang FREE SEAT. Dapat harga yang sangatlah murah hanya RM30 pergi dan balik. yohoooo..Alhamdullilah dapat tempah untuk bulan September 2017.

Okay balik ke cerita asal, hari pertama aka day 1 kitaorang naik flight dari KLIA 2 KE Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Flight kami memang awal pagi, jadi sampai Penang pukul 8.30 pagi. Sebelum pergi memang hajar dan adik-adik ada 'search' dekat blog untuk trip ke Penang ini, jadi sampai sana senanglah. Kami jalan sikit dekat depan airport dah ada 'Bus Stop' . Kami naik Bas Rapid 102 untuk ke terminal Komtar di George town. Murah sangat korang tambang bas hanya RM2.70. Sampai ke Terminal Komtar, kitaorang naik Grab Car  hanya RM 3 ke ROTI CANAI TRANSFER ROAD untuk sarapan pagi.





Sarapan pagi kami Roti Canai - RM 3 , Roti Bakar RM 4. Hajar paling suka makan roti bakar kat sini sebab sedap gila wei, makan sekali rasa nak lagi. Roti Canai pula sedap cuma kuah dia pedas  bak hang. 


Selepas sarapan pagi, kami jalan kaki untuk 'check in' hotel, kebetulan hotel yang kami duduk ini dekat dengan kedai makan tadi. Okay untuk hotel pula, dah nama pun trip bajet mestilah hotel pun bajet kan :p . Sebab kami pergi bertiga maka kami ambik bilik besar sikit. Tapi tak mahal mana pun, bilik yang kami tempah ada katil 'Queen' satu dan katil 'Single' satu. Memang cukup untuk tiga orang. Bilik satu malam anggaran RM80, kami dekat Penang 3hari 2malam. Kami bahagi harga hotel itu kepada 3 jadi memang jimat habis la kan :p Korang boleh check dekat AGODA harga hotel bajet ini. 
Sangat recommended untuk yang trip bujang perempuan macam kami ini, tempat dia selamat dan uncle kat kaunter tu pun baik.

Motif utama kami nak ke Penang ini sebab makanan sahaja, jadi apa lagi tengahari kami naik grab car pergi ke Restoran Deen Maju, orang Penang kata restoran ini memang top sekarang dan paling sedap la dekat situ. Naik grab car murah sahaja korang hanya RM 4. Bahagi 3 orang berapa la sangatkan. Nasi Kandar murah sahaja kat sini wei, RM 6 korang dah boleh dapat ayam goreng dan sayur goreng. Kuah dia jangan ceritalah memang terbaik.



Selepas makan kami apa lagi, naik Grab Car lagi pergi kat Penang Street Arts tambang RM 4. Kononnya nak rasa kesedapan Ais Kepal yang orang viral itu tetapi kedainya tutup pula. Jadi jalan-jalan sahajalah dekat lorong-lorong ini.












Kami jalan sampai lewat petang jadi teruslah beli makanan untuk malam. Kami beli Roti Nan Cheese dekat Restoran Kapitan area Little India. 
.
.
.
.
.
.
Trip kami ke Penang ini tak ada pun pergi ke musium dan gallery yang tengah viral bagai kan, trip ini lebih kepada makanan. Bagi hajar bajetlah sebab duit belanja dekat makanan sahaja. Okay jom sambung Day 2 pula.....


xoxo,
Hajar :p





Sunday, September 3, 2017

Cara Penggunaan Set Miszct Beauty Mist

Assalammualaikum dan hye semua, hajar nak tunjuk sikit cara penggunaan SET MISZCT BEAUTY MIST (MBM). Hajar memang suggest korang ambil satu set MBM sebab lagi cepat kesannya. Mula-mula spray Strong Acid Water, lepas dah kering atau lembap terus spray Beauty Water. Kepada yang pakai skincare atau krim-krim semua itu, pastikan spray dahulu baru pakai. Barulah kulit glowing sentiasa. Ada jugak yang tanya ada limit ke nak spray ini, jawapan hajar no limit. Korang boleh spray anytime & anywhere. Memang sangat easy use tau.


NAK CANTIK MUDAH AJE...SPRAY-SPRAY SELALU...BARU WAJAH BERSERI SENTIASA





Fungsi Strong Acid Water:

  ⭕ Untuk penyembuhan luka dan penyakit kulit
⭕ Dapat menyembuhkan penyakit Eczema.
⭕ Dapat mempercepat penyembuhan gatal-gatal pada kulit.
⭕ Untuk perawatan wajah. dapat menyembuhkan jerawat, caranya dispray pada wajah sehabis mandi/membersihkan wajah pagi, petang dan malam hari sebelum tidur.
⭕ Mencegah jerawat, digunakan sebelum Beauty Water Spray.



Fungsi Beauty Water Spray: 

• Pelembap utk kulit kering
• Meratakan kulit • Menegangkan kulit • Merawat masalah kulit kusam
• Membersih serta mengecilkan liang2 pori • Digunakan sebagai toner make up
• Mengatasi masalah jerawat, resdung dan jeragat ( gunakan acid water dahulu)
• Menghilangkan rasa mengantuk
• Menguatkan akar rambut

Cara pemakaian :- 1.Setelah selesai mencuci muka dan memakai toner, spray Beauty Water pada wajah..biar 2-3 minit sblm pkai day / night cream

2. Blh digunakan sbg penyegar wajah, hanya spray pada jarak jauh sedikit.terutamanya ketika cuaca panas.. 3. Selepas bermekap...spray pada wajah.utk mekap yg bseri dan tahan lama... 

Satu botol RM18 100ml

Satu set(2 botol) - RM30 (Jimat RM6)

Layari : instagram @miszct_signature












Friday, September 1, 2017

Review Set Miszct Beauty Mist (Strong Acid Water & Beauty Water Extract Roses )

Assalammualaikum, hari ini hajar nak share satu produk ini. Korang pernah dengar tak Enagic Kangen Machine ??? Ia adalah water ionizer bukan water filter biasa ye dan yang bagusnya ia menghasilkan 7 jenis air antaranya adalah Strong Acid Water p.H 2.5,  Beauty Water p.H 6.0, Kangen Water p.H 8, 9.0, 9.5, Strong Acid Water p.H 11.5 dan juga Clean Water p.H 7.



Hajar bukanlah nak cerita tentang mesin kangen ini, tapi nak cerita air yang dihasilkan iaitu Strong Acid Water p.H 2.5 dan Beauty Water p.H 6. Ini kerana ia bagus untuk kecantikan dan juga penjagaan kulit.


Yang bagusnya lagi kan dah lah tak ada campuran chemical ke merkuri semua, jadi tak payah risau langsung..SPRAY SPRAY TERUS GLOWING ;)


Ramai yang tanya hajar boleh ke budak kecil dan baby pakai? Jawapannya tak boleh, kalau tak pakai. WAJIB pakai bagi bayi atau budak yang ada penyakit kulit atau ekzema. Ia merawat secara semulajadi, hanya SPRAY ditempat bermasalah dan semua masalah itu hilang hihihi

Antara INSTA famous dan Artis yang dah cuba Set Miszct Beauty Mist ini 





Tak kan korang nak tengok sahaja kan, moh le try harga dah la berpatutan wei RM30 sahaja :)
Dapat FREE EYELINER (bernilai RM10)
Ha tak untung ke itu?? Lagi satu produk ini lelaki pun boleh guna !!! Tak percaya ??? cuba tengok testimoni kat bawah ini 




Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ini boleh follow instagram @miszct_signature 
atau
facebook  : https://www.facebook.com/Miszct-Signature-201200969901998/




Gambar sendiri selfie dengan SET MISZCT BEAUTY MIST :)

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ini boleh follow instagram @miszct_signature 
atau
facebook  : https://www.facebook.com/Miszct-Signature-201200969901998/





Monday, December 14, 2015

Update Blog Please

Assalammualaikum, hari ini hajar merajinkan diri untuk update blog sebab dah lama sangat tak update dan plus hajar nak update tentang my own product which is STRONG ACIDIC WATER p.H 2.5 & BEAUTY WATER p.H 5.5


Tengok dekat gambar, hajar feeling2 dekat Klebang..hehe...jadi Model untuk produk sendiri pun jadilah, tak mampu nak upah model u alls..hehe...doa-doalah semuanya berjalan dengan lancar. Next update, nak cerita tentang kebaikan produk ku ini..hehe...TUNGGU :)

Saturday, August 15, 2015

Beraya di Singapura

Hye semua, i'm back ;) hajar nak story masa hari raya hari itu. Tahun ini raya ke 3 pergi beraya rumah saudara di Singapura, sambil beraya tentulah hajar pergi berjalan sekali. Walaupun duit Malaysia tengah jatuh dan yang paling best, sebelum pergi Singapura tukar duit dekat JB, hajar tukar dalam RM300 cam tu lah rasa sedih sebab dalam SGD dalam 100 lebih dollar sahaja. Mana taknya time tu duit SGD 1 dollar, duit MYR RM2.80. Tapi tak apalah demi nak beraya rumah saudara sambil meniaga dan berjalan, hajar gagahkan jugalah. Btw dahlah pergi naik bas, nasib baik tak ramai orang sebab pagi kan. Sampai Singapura nasib baik uncle dan untie pick hajar dan adik2 semua. So my journey begins... ;)

"Buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh"

Kebetulan pergi masa raya ke 3 hari ahad, hajar sampai dalam pukul 10.30pagi macam tu. Sampai rumah saudara dekat woodlands, hajar pun apa lagi beraya sambil lepak la sebab penat kan.Selepas zohor macam tu, hajar pun gerak nak beraya rumah saudara yang lain kat teban area Jurong east. Sebelum beraya tu cousin hajar bawa pergi berjalan kat Vivo City sebab kebetulan memang nak shopping baju dan seluar sikit kat mal. :p


"Waiting for my untie and uncle pick me at station MRT"


"Bergambar di hadapan Vivo City Mall"

" Dalam bangunan Vivo City"

Dekat Vivo City ini memang shopping mall yang besar, kalau korang nak pergi USS or Sentosa Island korang boleh naik monorel dekat area vivo mall ini. Dulu hajar pernah lalu vivo masa itu nak pergi ke USS, jadi hanya lalu sahaja tak sempat berjalan. Jadi kali ini pergi apa lagi berjalan la hajar dengan adik2 dan cousin sekali. Sebenarnya ada barang yang boleh kita beli dan harga berpatutan dari kat Malaysia. Contoh macam hajar beli seluar jeans kat forever 21 harga SGD 15 dollar duit Malaysia dalam RM42. Dekat Malaysia, seluar yang hajar punya tu harga RM49, nampak tak hajar dah jimat RM7 kat situ. 

"Bergambar bersama cousin di Singapura, tadi dia study kat UK"

 "Bersama kesayangan hamba"


"Cousin belanja Coffee Beans"

Dah penat berjalan kami pun apa lagi, terus pergi ke rumah saudara kat teban.Lepas maghrib terus gerak balik ke rumah saudara yang dekat Woodlands. Dekat Singapura yang bestnya sebab bas tak payah tunggu sampai berjam-jam, tak sampai 10 minit dah sampai basnya memang sangat cepat. Sampai kat stesen Mrt kt Woodlands, uncle pick up kami semua. Adik sibuk nak pergi ke Mustafa Center sebab dia tak pernah pergi. Mustafa Center dekat little india. Tempat dia menarik barang-barang pun murah dan berpatutan, memang sangat berbaloi. Siapa yang pergi Singapura memang hajar syorkan korang pergi kat Mustaffa Center ini, sebab apa??? sebab minyak wangi yang berjenama murah giler kat sini weiii....serious tak tipu. Hajar beli minyak wangi Victoria Secret baru 12 dollar. Banyak jenamanya. Yang best lagi hajar shopping nutela kat sana..hahaha..mana taknya Nuttela yang besar baru 8 dollar. murah kan...duit Malaysia baru RM22.40. Kalau beli kat Malaysia RM32 keatas macam tu. Yang terkilan sangat tak beli vivo crunchy, sebab kat SG baru 7 dollar. Dekat KLCC hari itu hajar tengok RM49 KOT weii...mahal kan??? :(

"Bergambar dengan anak saudara yg kecik molek tu"

" Jalan di Little India" terlupa nak amik gambar kat Mustaffa Center :(