Friday, April 24, 2015

Cousin Wedding 2015

Assalammualaikum semua, hajar nak throwback sikit masa wedding cousin hajar dekat Johor Bahru pada 4/4/2015. Biasalah bila lama sedara mara tak jumpa bila jumpa mulalah bergambar sana sini. Hajar rasa gambar kami yang sepupu ini lebih banyak dari gambar pengantin kot, sorry sha (pengantin perempuan aka my cousin) 



Tema untuk kami yang sedara mara ini color dusty pink, ha apa lagi semua duk pakat warna samalah yang seakan-akan pun ada kira janji pink sudah. Gambar di bawah itu hanya separuh sahaja, Banyak gambar yang kami ambil, kebetulan wedding dekat dengan kolam, apa lagi bergambar tepi kolamlah banyaknya.









Masa syok bergambar tiba-tiba ada makcik dengan pakcik tegur kami cakap " Kalau ambik gambar dalam kolam lagi cantik" Kami apa lagi bantal gelaklah, pakcik ini buat lawak pulak. Ingat bridal , shower ala sharifah sakinah, terjun kolam gitu. HahAHA.



Inilah pasangan cousin hajar, ucapan untuk diaorang semoga berbahagia till Jannah dan cepat2 timang baby..hehe


Thursday, April 16, 2015

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Assalammualaikum dan hello semua :)

Semua orang lalui perubahan dalam hidup, ada perubahan yang menjadi lebih baik, ada yang menjadi lebih cantik, ada yang jadi lagi kacak. Eh macam-macamlah lagi, Tak ada orang yang nak lahir tak sempurna contoh lahir buta, cacat, pekak dan bisu. Semua itu sudah ketentuan Allah. Kita yang sempurna cukup semuanya kenapa masih tidak bersyukur? . 

Macam hajar sendiri, masa sekolah dulu memang a bit different dari sekarang. Masa sekolah hajar ini gelap aka hitam plus pula kepada gemuk, kira memang pakejlah. Hajar sangat merendah diri masa sekolah, hajar tak pandai nak bergaul dengan kawan-kawan yang ramai. Hajar teringat bila balik sekolah mesti ada sekumpulan lelaki akan kejar hajar dan ejek kuat-kuat cakap hajar gemuk hitam plus ada singkatan lagi GH. Yang paling sedihnya bila mamat yang hajar suka pun duk sama ejek hajar, wow kau memang gila kentanglah hajar oiii. Semua ini tak lama, dalam petengahan tahun macam itu, hajar pindah sekolah sebab ayah kena transfer. Masa itu, rasa bersyukur sebab tak payah nak hadap muka-muka depa tu, fuhh lega gitu...



Masa berlalu dengan pantas, thanks to them now hajar lebih hargai orang lain dan hajar tak memilih untuk berkawan. Bagi hajar kalau luaran sahaja cantik atau kacak tak guna sebab dalaman yang sangat penting.Confident level hajar agak ok berbanding dahulu.



Just nak share lah ye, macam mana cantiknya awak kalau perangai buruk tetap juga nampak buruknya begitu juga macam mana kacaknya awak tapi perangai teruk tak usah nak mimpi dapat perempuan yang baik. Kita semua ini sama sahaja, semua orang ada kecantikan yang tersendiri, tak payahlah duk menghina orang yang lemah sebab mungkin nanti berbalik pada awak sendiri. 


Untuk semua perempuan yang rasa diri tak cantik macam orang lain, baik hentikan lah sebab awak sebenarnya lagi cantik dari mereka. Make a change my dear, nak cantik kena rajin dan makan masa yang lama. Hajar tak kata hajar cantik tapi hajar beryukur sebab dapat cerahkan kulit hehe...sekarang target nak kurus tapi macam tak kesampaian jadinya sekarang just control makan sahajalah bagi badan tak kembong...hahaha




Tuesday, April 14, 2015

Review Miracle Pure Collagen Dust

Assalammualaikum semua, rasanya tahun ini jarang kemaskini blog, Jadi hari ini hajar merajinkan diri untuk kemaskini dan review satu produk yang hajar jual. Produk ini memang hajar guna dan sebab bagus hajar nak share dekat semua orang. Produk yang hajar maksudkan tak lain tak bukan adalah Miracle Pure Collagen Dust. Seperti gambar di bawah


Miracle Pure Collagen Dust ini merupakan serbuk kolagen dari sumber ikan. Harga yang sangatlah berpatutan dan mampu milik. Nak tahu sebab apa harganya murah?? Ini kerana MPCD adalah 100% serbuk kolagen yang tiada bahan tambahan perasa semua. Boleh lihat seperti gambar di atas.

Antara kelebihan MPCD ini adalah ia mampu memberikan seri pada wajah, menghaluskan liang roma, mencantikkan kuku dan rambut, menganjalkan kulit, merawat tona tidak sekata, mengurangkan minyak yang berlebihan, merawat garis halus dan pelbagai lagi. Boleh lihat seperti gambar di bawah.

KEISTIMEWAAN MPCD

Selain daripada itu, Miracle Pure Collagen Dust ini mempunyai pelbagai kegunaanya. Satu botol yang comel itu boleh digunakan untuk bancuh dalam air, letak dalam makanan, sebagai masker, boleh campur dalam krim siang/malam dan pelbagai lagi. Boleh lihat seperti gambar di bawah.

MULTIPURPOSE
Banyak feedback positif yang MPCD family dapat, walaupun baru pakai sebotol jerawat tak tumbuh, liang roma makin halus, tona kulit makin sekata dan banyak lagi. Seperti gambar di bawah.






Tunggu apa lagi jom dapatkan Miracle Pure Collagen Dust dengan hanya RM35 SAHAJA :)
Pembelian 2 keatas free postage dan free gift menarik menanti anda
Hajar juga buka peluang perniagaan untuk semua yang berminat, untuk yang tiada modal boleh berniaga permulaan sebagai dropship dan yang ada modal boleh daftar sebagai agent kami dengan hanya serendah RM300 SAHAJA


Berminat jom whatsapp/line hajar 0193706545


Boleh lawati instagram bisnes  online hajar @miszctcollection


CANTIK TERTARIK MENARIK KAU MEMANG DE BOMB :)

Muah Ciked :*