Monday, November 30, 2020

PESANAN MAMA & MOMENT TERAKHIR

Assalammualaikum,

      Hajar nak berkongsi kisah duka dan pedih dalam hidup ini. Tarikh 27/7/2019 merupakan tarikh yang paling sedih dalam hidup hajar. Ia merupakan tarikh mama kesayangan hajar meninggal dunia. Hajar tak pernah bayangkan mama tak ada disisi, sudah  1 tahun lebih mama pergi tapi hajar sentiasa ingat dan rasa mama tu ada dekat hajar.
     
     Tahun 2019 merupakan tahun yang paling mencabar dan duka bagi hajar. Ianya bermula bila arwah mama merasa sakit kembali, masa tu bulan 2. Sebelum ini, mama pernah operate buang tumor otak tahun 2018. Kami ingat selepas itu dah tak ada lagi rupanya tidak mama diserang sakit yang sama kembali. Masa mama dah rasa sakit kat kepala balik, mama fight untuk sembuh, mama tak putus asa langsung. Kami pergi berubat secara tradisional sampai ke Perak tapi tetap sama. Lepas kami tengok mama makin sakit, kami buat keputusan untuk bawa mama ke hospital. Bila doctor buat MRI dan keputusannya tumor Mama membesar 4cm. Masa tu hajar dan keluarga rasa sedih dan kami sebulat suara untuk mama operate. Sebelum mama operate, mama pesan suruh jaga anak-anak buah hajar sebab diaorg anak yatim, sebelum ni mama yang jaga. Mama pesan lagi suruh jaga ayah dan adik-adik semua dan macam-macam mama pesan. Mama juga cakap redho kalau dia pergi. Hajar cakap eh mama ni, mama mesti sembuh jangan risau.

    Bulan 3 mama pun operate, dalam pertengahan bulan macam tu..Operation berjalan lancar alhamdullilah, tapi....keesokkan harinya kitaorg dikejutkan dengan berita bahawa mama punya otak reboot, maksudnya mama akan lambat sedar. Hampir sebulan mama koma di ICU, hari-hari hajar datang bagi semangat kat mama untuk kuat dan lawan sakit. Hari-hari hajar mohon kat Allah, jangan ambil mama bagi mama cepat sedar dan sembuh sepenuhnya. Alhamdullilah mama sedar dari koma,  selepas mama sedar, macam-macam rawatan doctor sarankan..semuanya kami lakukan yang terbaik untuk mama.

   Bulan 5 macam tu mama dibenarkan balik, alhamdullilah hajar dapat jaga mama sepenuhnya..benda paling hajar bersyukur sampai sekarang adalah dapat jaga mama yang sakit dengan sepenuhnya. Hari-hari hajar mandikan mama suap makan semua, ialah mama dah tak boleh bergerak.Walaupun keadaan mama macam tu, mama masih tak putus asa, tetap mahu berjalan seperti biasa.Hampir dua bulan hajar jaga mama, alhamdullilah dapat raya bersama walaupun rupanya itulah raya terakhir kami sekeluarga bersama.

Video : Raya Terakhir dengan Mama  click kat link tu untuk video raya terakhir dengan mama dan jangan lupa subscribe....

Banyak sangat momen terakhir hajar dengan mama, walaupun 2 week sebelum meninggal mama dah koma..paling hajar sedih bila bawa mama ke hospital kali terakhir dan doctor kata dah tak ada jalan lain lagi, keluarga semua kena REDHO... masa tu hajar memang tak dapat terima hakikat yang mama akan pergi meninggalkan kami semua...

Jumaat malam, selepas hajar hantar balik ustazah yang berubat mama. Hajar uruskan mama macam biasa, hajar pastikan mama selesa semua..barulah hajar kebilik untuk solat isyak...malam tu hajar mohon kesembuhan dan ada keajaiban untuk mama sedar..hajar juga berdoa Ya Allah kalau apa yang terbaik untuk mama ku, Aku redho...Aku redho kalau dah tertulis dia akan pergi selamanya...Aku redho Ya Allah....dan esok pagi bangun sahaja kami untuk subuh, mama sudah tiada...mama meninggal dunia...tiada lagi gelak tawanya, kata-katanya dan orang yang paling hajar sayang dah tiada..sakit untuk menerimanya sehingga kini tapi demi Allah aku redho...Hajar tau syurga tempat mama, mama bertarung nyawa melahirkan kami 7 beradik dan bertarung nyawa melawan sakit tumor otak..  Terima Kasih Allah kerana memori-memori yang indah bersama mama...mamalah nyawa ku...syurga ku...Kau tiada gantinya...Tunggu hajar mama...hajar rindu mama...semoga kita sekeluarga berkumpul  nanti di syurga...AAMIIN...

aL-FAtihah Arwah Sujana Bt Suboh 26/4/1966 - 27/7/2019.....