Saturday, August 15, 2015

Beraya di Singapura

Hye semua, i'm back ;) hajar nak story masa hari raya hari itu. Tahun ini raya ke 3 pergi beraya rumah saudara di Singapura, sambil beraya tentulah hajar pergi berjalan sekali. Walaupun duit Malaysia tengah jatuh dan yang paling best, sebelum pergi Singapura tukar duit dekat JB, hajar tukar dalam RM300 cam tu lah rasa sedih sebab dalam SGD dalam 100 lebih dollar sahaja. Mana taknya time tu duit SGD 1 dollar, duit MYR RM2.80. Tapi tak apalah demi nak beraya rumah saudara sambil meniaga dan berjalan, hajar gagahkan jugalah. Btw dahlah pergi naik bas, nasib baik tak ramai orang sebab pagi kan. Sampai Singapura nasib baik uncle dan untie pick hajar dan adik2 semua. So my journey begins... ;)

"Buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh"

Kebetulan pergi masa raya ke 3 hari ahad, hajar sampai dalam pukul 10.30pagi macam tu. Sampai rumah saudara dekat woodlands, hajar pun apa lagi beraya sambil lepak la sebab penat kan.Selepas zohor macam tu, hajar pun gerak nak beraya rumah saudara yang lain kat teban area Jurong east. Sebelum beraya tu cousin hajar bawa pergi berjalan kat Vivo City sebab kebetulan memang nak shopping baju dan seluar sikit kat mal. :p


"Waiting for my untie and uncle pick me at station MRT"


"Bergambar di hadapan Vivo City Mall"

" Dalam bangunan Vivo City"

Dekat Vivo City ini memang shopping mall yang besar, kalau korang nak pergi USS or Sentosa Island korang boleh naik monorel dekat area vivo mall ini. Dulu hajar pernah lalu vivo masa itu nak pergi ke USS, jadi hanya lalu sahaja tak sempat berjalan. Jadi kali ini pergi apa lagi berjalan la hajar dengan adik2 dan cousin sekali. Sebenarnya ada barang yang boleh kita beli dan harga berpatutan dari kat Malaysia. Contoh macam hajar beli seluar jeans kat forever 21 harga SGD 15 dollar duit Malaysia dalam RM42. Dekat Malaysia, seluar yang hajar punya tu harga RM49, nampak tak hajar dah jimat RM7 kat situ. 

"Bergambar bersama cousin di Singapura, tadi dia study kat UK"

 "Bersama kesayangan hamba"


"Cousin belanja Coffee Beans"

Dah penat berjalan kami pun apa lagi, terus pergi ke rumah saudara kat teban.Lepas maghrib terus gerak balik ke rumah saudara yang dekat Woodlands. Dekat Singapura yang bestnya sebab bas tak payah tunggu sampai berjam-jam, tak sampai 10 minit dah sampai basnya memang sangat cepat. Sampai kat stesen Mrt kt Woodlands, uncle pick up kami semua. Adik sibuk nak pergi ke Mustafa Center sebab dia tak pernah pergi. Mustafa Center dekat little india. Tempat dia menarik barang-barang pun murah dan berpatutan, memang sangat berbaloi. Siapa yang pergi Singapura memang hajar syorkan korang pergi kat Mustaffa Center ini, sebab apa??? sebab minyak wangi yang berjenama murah giler kat sini weiii....serious tak tipu. Hajar beli minyak wangi Victoria Secret baru 12 dollar. Banyak jenamanya. Yang best lagi hajar shopping nutela kat sana..hahaha..mana taknya Nuttela yang besar baru 8 dollar. murah kan...duit Malaysia baru RM22.40. Kalau beli kat Malaysia RM32 keatas macam tu. Yang terkilan sangat tak beli vivo crunchy, sebab kat SG baru 7 dollar. Dekat KLCC hari itu hajar tengok RM49 KOT weii...mahal kan??? :(

"Bergambar dengan anak saudara yg kecik molek tu"

" Jalan di Little India" terlupa nak amik gambar kat Mustaffa Center :(