Friday, July 31, 2015

Fobia

  Hye dan Assalammualaikum semua, entah kenapa tiba-tiba rajin nak kemaskini blog selepas berbulan tidak update apa-apa. Hari minggu yang lepas, hajar hantar kawan naik bas BRT dekat Subang Jaya dalam pukul 8 malam. Lepas kawan hajar naik bas BRT itu, hajar pun tunggu la bas percuma Selangor ku untuk balik ke rumah. Nak di jadikan cerita, dah la hajar seorang yang tunggu bas, tiba-tiba datanglah budak kecik lelaki ni. Banyak-banyak kerusi kat bus stop ni boleh pulak kerusi sebelah aku yang dia nak duduk. Dah duduk tu boleh pula budak itu pandang aku atas bawah, aku dah risau sebab takut benda lama berlaku kembali. Nanti habis bab ini baru aku cerita yang dulu punya. Aku pun dengan perasaan cuaknya apa lagi teruslah bangun dari kerusi, kebetulan pula ada pemandu bas kat situ, aku apa lagi terus pergi kat pemandu bas tu. Eh tiba-tiba masa aku bangun, budak itu pun boleh bangun sekali lepas itu dia main kat eskalator pula. Dalam hati, budak ini nak mencuri ke apa. Kecil-kecil dah macam itu, budak itu dalam anggaran darjah 5 macam itu. Menakutkan betul. Nasib baik tak lama itu pintu bas dibuka, aku teruslah cabut naik bas.

    Cerita yang kat atas itu cerita yang baru, meh aku cerita pasal apa aku fobia. Dulu masa aku study kat Ipoh, boleh dikatakan every week akan balik ke Subang Jaya. Adalah satu hari ini, aku balik sorang-sorang. Masa itu naik bas kat stesen bas Medan Gopeng, masa tengah tunggu bas aku sampai aku pun duduklah tunggu kat area stesen bas. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ini datang kat aku, aku pun macam pelik tapi malas nak fikir negatif jadi biarkan sahaja. Selepas itu, dia tanya aku "kak nak balik mana"..aku jawab "nak balik Kuala Lumpur". Tiba-tiba dia terus buka cerita yang dia nak balik Teluk Intan tapi duit tak cukup pastu siap tunjuk ic yang mcm belacan aku tengoknya. Kebetulan dalam poket masa itu ada RM10 sahaja, nama pun student poket pun kosong. Aku dengan ikhlas hati bagilah duit kat budak itu, aku ingat settle la masalah dia sebab aku memang tak ada duit dah. Eh tetiba pula dengan beraninya dia boleh pula pegang pisau yg macam gambar kat bawah itu. Yang menakutkan aku dia boleh pulak ugut nak bunuh diri, siap letak pisau kat pegelangan tangan dia. Siap cakap kat aku "kalau akak tak percaya dengan apa yang saya cerita saya nak bunuh diri, saya tak dapat balik pun tak apa" Aku rasa budak ini pschyo paling teruk aku jumpa.




   Bodohnya aku masa itu sebab aku tak menjerit minta tolong, padahal ramai orang kat stesen bas itu. Mungkin sebab dah ketakutan sangat aku pun terus bangun dari tempat duduk. Aku ingat bila aku dah bagi duit dia dah tak kacau aku, eh boleh pula dengan beraninya dia ikut aku. Aku punya takut masa itu sebab dia letak pisau tu kat poket dia dan asyik ugut nak bunuh diri. Siap cakap akak ambillah balik duit akak ini saya tak apa, saya boleh bunuh diri. Tak lama itu aku pun apa lagi cuba untuk elak dari dia, aku buat trick lah apa lagi, konon pergi kat bas tempat lain tapi bas aku kat tempat lain. Bila aku tengok bas aku dah buka pintunya terus aku cabut naik bas. Masa dalam bas tu, aku duk intailah, nak tau apa?? budak itu boleh mundar mandir cari aku.Segala ceruk bas dia cari, tiba-tiba sampai sahaja dia dekat bas aku kebetulan pintu bas dah di tutup dan bas bergerak. Masa itu aku hanya mampu cakap Syukur sebab aku selamat.

     Apa korang rasa kalau benda ini jadi kat korang?? fobia itu mestilah. Sampai sekarang aku rasa fobianya. Syukur pada Allah semuanya selamat. So pada korang terutamanya perempuan, jangan berani gi sana sini sorang-sorang sebab sekarang ini bahaya. Banyak kes kena culik lah, itu lah ini lah, so kalau jalan sorang pastikan handphone sentiasa ada and full bateri, kalau boleh dalam handbag simpan benda tajam or spray yg pedas itu. Kita kena sentiasa berwaspada pada sekeliling kita. Aku rasa terpanggil nak share dengan korang. kalau boleh jangan layan or bercakap dengan orang yang tak kenal. Panjang pula karangan aku hari ini, ok lah yang terakhir sekali sayangi diri dan sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada. 


xoxo

Hajar ;)