Thursday, October 19, 2017

Pulau Pinang Trip Bajet 2017 Day 1

Assalammualaikum dan hye semua, sudah lama hajar tidak kemaskini blog ini. Hari ini hajar nak kongsi percutian bajet ke Pulau Pinang  bersama adik beradik hajar. Awal tahun 2017 dalam bulan Januari macam itu, hajar tempah tiket Air Asia yang FREE SEAT. Dapat harga yang sangatlah murah hanya RM30 pergi dan balik. yohoooo..Alhamdullilah dapat tempah untuk bulan September 2017.

Okay balik ke cerita asal, hari pertama aka day 1 kitaorang naik flight dari KLIA 2 KE Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Flight kami memang awal pagi, jadi sampai Penang pukul 8.30 pagi. Sebelum pergi memang hajar dan adik-adik ada 'search' dekat blog untuk trip ke Penang ini, jadi sampai sana senanglah. Kami jalan sikit dekat depan airport dah ada 'Bus Stop' . Kami naik Bas Rapid 102 untuk ke terminal Komtar di George town. Murah sangat korang tambang bas hanya RM2.70. Sampai ke Terminal Komtar, kitaorang naik Grab Car  hanya RM 3 ke ROTI CANAI TRANSFER ROAD untuk sarapan pagi.





Sarapan pagi kami Roti Canai - RM 3 , Roti Bakar RM 4. Hajar paling suka makan roti bakar kat sini sebab sedap gila wei, makan sekali rasa nak lagi. Roti Canai pula sedap cuma kuah dia pedas  bak hang. 


Selepas sarapan pagi, kami jalan kaki untuk 'check in' hotel, kebetulan hotel yang kami duduk ini dekat dengan kedai makan tadi. Okay untuk hotel pula, dah nama pun trip bajet mestilah hotel pun bajet kan :p . Sebab kami pergi bertiga maka kami ambik bilik besar sikit. Tapi tak mahal mana pun, bilik yang kami tempah ada katil 'Queen' satu dan katil 'Single' satu. Memang cukup untuk tiga orang. Bilik satu malam anggaran RM80, kami dekat Penang 3hari 2malam. Kami bahagi harga hotel itu kepada 3 jadi memang jimat habis la kan :p Korang boleh check dekat AGODA harga hotel bajet ini. 
Sangat recommended untuk yang trip bujang perempuan macam kami ini, tempat dia selamat dan uncle kat kaunter tu pun baik.

Motif utama kami nak ke Penang ini sebab makanan sahaja, jadi apa lagi tengahari kami naik grab car pergi ke Restoran Deen Maju, orang Penang kata restoran ini memang top sekarang dan paling sedap la dekat situ. Naik grab car murah sahaja korang hanya RM 4. Bahagi 3 orang berapa la sangatkan. Nasi Kandar murah sahaja kat sini wei, RM 6 korang dah boleh dapat ayam goreng dan sayur goreng. Kuah dia jangan ceritalah memang terbaik.



Selepas makan kami apa lagi, naik Grab Car lagi pergi kat Penang Street Arts tambang RM 4. Kononnya nak rasa kesedapan Ais Kepal yang orang viral itu tetapi kedainya tutup pula. Jadi jalan-jalan sahajalah dekat lorong-lorong ini.












Kami jalan sampai lewat petang jadi teruslah beli makanan untuk malam. Kami beli Roti Nan Cheese dekat Restoran Kapitan area Little India. 
.
.
.
.
.
.
Trip kami ke Penang ini tak ada pun pergi ke musium dan gallery yang tengah viral bagai kan, trip ini lebih kepada makanan. Bagi hajar bajetlah sebab duit belanja dekat makanan sahaja. Okay jom sambung Day 2 pula.....


xoxo,
Hajar :p





No comments:

Post a Comment