Monday, October 23, 2017

Pulau Pinang Trip Bajet Day 2

Assalammualaikum dan hye semua, kali ini hajar nak sambung pula trip bagi kami. Disebabkan teringin nak pergi ke Bukit Bendera, maka hajar pun gagahkan diri dan 'search' cara yang senang untuk pergi ke Bukit Bendera menaiki pengangkutan awam. Awal-awal pagi lagi kami naik Grab Car untuk ke Komtar Terminal (jalan kaki dalam 600m) tapi sebab kemalasankan jadi kami naik sahaja Grab car, tambang pun hanya RM3 sahaja. Sebelum naik bas kami sarapan dulu, kebetulan ada gerai-gerai makanan di area terminal bas itu. Alhamdullilah kuih semua sedap-sedap wei kat situ, harga pun sangatlah berpatutan. 





Dekat terminal komtar ini senang sangat korang nak pergi mana-mana naik bas sebab ada skrin paparan nombor bas dan lokasi yang bas itu akan pergi terpapar pada skrin tersebut. Untuk ke Bukit Bendera kami naik Bas Rapid (204) tambang hanya RM 2 sahaja. 


Sesampainya kami di Bukit Bendera terus ke kaunter untuk membeli tiket masuk. Untuk pengetahuan semua, kalau korang tak nak bersesak-sesak dicadangkan ambil tiket yang ekpress tapi kalau korang rasa mahal korang boleh datang awal. Masa hajar sampai dalam pukul 10.30pagi jadi tidak ramai orang. Kami beli tiket yang RM 10 untuk 2 hala, kalau korang pelajar silalah bawa kad pelajar kemana sahaja kerana untung wei. Harga pelajar hanya RM5 pergi balik. 




Masa beratur nak naik 'train' kemain 'excited' sebab tak pernah pergi situ kan. Dalam train itu, korang pilihlah tempat duduk yang strategik barulah boleh tengok permandangan yang cantik sekitar Bukit Bendera. 




Bila dah sampai kat area atas itu apa lagi memang bergambar sakanlah kami, setiap sudut kami bergambar. Sambil tengok keindahan Pulau Pinang dari atas itu.




Kami turun dari Bukit Bendera dalam tengahari macam itu sebab nak pergi makan tengahari. Kelaparan tahap dewa dah rasanya masa ini. Macam biasa kami naik Bus Rapid (204) tambang RM 2 juga.



Makan tengahari kami pada hari ini adalah MEE SOTONG dan Pasembor. Kebetulan bas yang kami naik turun dekat area Padang Kota, jadi apa lagi kami turunlah kat situ. Lepas makan tengahari kami balik ke hotel berehat.


Disebabkan semalamnya kami tak dapat makan Ais Kepal, jadi kami pun apa lagi jalan kaki ke Penang Street Arts. Dari hotel kami hanya 600 m. Kepenatan berjalan sudah terasa jadi apa lagi terus pergi ke gerai Ais Kepal, fuhhh nasib baik buka. 







Kami berjalan sampailah kat Little India, sekali tengok signboard Padang Kota dekat depan sahaja. Terus kami jalan ke area Padang Kota. Sampai area Padang Kota apa lagi kami pun menjalankan misi makan dan makan dan makan. Kali ini, kami makan PASEMBOR dan SOTONG KANGKUNG Terbaik wei. Sedap giler makanan kat area situ. 


.
.
.
.
.
.
.
.

.
Bateri fon dan laptop dah habis, maka nanti hajar sambung lagi okay...

xoxo,
hajar :p



No comments:

Post a Comment