Friday, April 24, 2015

Cousin Wedding 2015

Assalammualaikum semua, hajar nak throwback sikit masa wedding cousin hajar dekat Johor Bahru pada 4/4/2015. Biasalah bila lama sedara mara tak jumpa bila jumpa mulalah bergambar sana sini. Hajar rasa gambar kami yang sepupu ini lebih banyak dari gambar pengantin kot, sorry sha (pengantin perempuan aka my cousin) 



Tema untuk kami yang sedara mara ini color dusty pink, ha apa lagi semua duk pakat warna samalah yang seakan-akan pun ada kira janji pink sudah. Gambar di bawah itu hanya separuh sahaja, Banyak gambar yang kami ambil, kebetulan wedding dekat dengan kolam, apa lagi bergambar tepi kolamlah banyaknya.









Masa syok bergambar tiba-tiba ada makcik dengan pakcik tegur kami cakap " Kalau ambik gambar dalam kolam lagi cantik" Kami apa lagi bantal gelaklah, pakcik ini buat lawak pulak. Ingat bridal , shower ala sharifah sakinah, terjun kolam gitu. HahAHA.



Inilah pasangan cousin hajar, ucapan untuk diaorang semoga berbahagia till Jannah dan cepat2 timang baby..hehe


Thursday, April 16, 2015

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Assalammualaikum dan hello semua :)

Semua orang lalui perubahan dalam hidup, ada perubahan yang menjadi lebih baik, ada yang menjadi lebih cantik, ada yang jadi lagi kacak. Eh macam-macamlah lagi, Tak ada orang yang nak lahir tak sempurna contoh lahir buta, cacat, pekak dan bisu. Semua itu sudah ketentuan Allah. Kita yang sempurna cukup semuanya kenapa masih tidak bersyukur? . 

Macam hajar sendiri, masa sekolah dulu memang a bit different dari sekarang. Masa sekolah hajar ini gelap aka hitam plus pula kepada gemuk, kira memang pakejlah. Hajar sangat merendah diri masa sekolah, hajar tak pandai nak bergaul dengan kawan-kawan yang ramai. Hajar teringat bila balik sekolah mesti ada sekumpulan lelaki akan kejar hajar dan ejek kuat-kuat cakap hajar gemuk hitam plus ada singkatan lagi GH. Yang paling sedihnya bila mamat yang hajar suka pun duk sama ejek hajar, wow kau memang gila kentanglah hajar oiii. Semua ini tak lama, dalam petengahan tahun macam itu, hajar pindah sekolah sebab ayah kena transfer. Masa itu, rasa bersyukur sebab tak payah nak hadap muka-muka depa tu, fuhh lega gitu...



Masa berlalu dengan pantas, thanks to them now hajar lebih hargai orang lain dan hajar tak memilih untuk berkawan. Bagi hajar kalau luaran sahaja cantik atau kacak tak guna sebab dalaman yang sangat penting.Confident level hajar agak ok berbanding dahulu.



Just nak share lah ye, macam mana cantiknya awak kalau perangai buruk tetap juga nampak buruknya begitu juga macam mana kacaknya awak tapi perangai teruk tak usah nak mimpi dapat perempuan yang baik. Kita semua ini sama sahaja, semua orang ada kecantikan yang tersendiri, tak payahlah duk menghina orang yang lemah sebab mungkin nanti berbalik pada awak sendiri. 


Untuk semua perempuan yang rasa diri tak cantik macam orang lain, baik hentikan lah sebab awak sebenarnya lagi cantik dari mereka. Make a change my dear, nak cantik kena rajin dan makan masa yang lama. Hajar tak kata hajar cantik tapi hajar beryukur sebab dapat cerahkan kulit hehe...sekarang target nak kurus tapi macam tak kesampaian jadinya sekarang just control makan sahajalah bagi badan tak kembong...hahaha




Thursday, August 7, 2014

Lama tak update oi

Assalamualaikum,rasanya dekat setahun tak update blog ini..padahal banyak sangat story yang nak share kat korang tau. Its ok hajar take time gitu 😝😝
Ini pun kita update pakai phone,nak buka laptop punya malas lahai 🙈🙈
Now i'm finished my study yeah and i'm seeking for the jobs..anyone yang company depa ada kosong bagitau la kt cheq na 💃💃

Okay lah,tak tau nak update apa lagi..gambar2 sat2 gi kita upload and update banyak2 sekali ✌✌✌✌

Monday, August 19, 2013

Cerita Raya ku 2013

Assalamualaikum and hye semua entry kali ini nak cerita hari raya yang lepas, macam biasalah aku balik kampung Johor. Tahun ini beraya ala kadar sahaja maksudnya tidak semeriah tahun sebelum-sebelum ini. Mungkin bila dah dewasa kemeriahan raya itu tak dirasai sangat berbanding waktu kecil. Tahun ini tema kami sekeluarga adalah merah. Merah mak ngah gitu. Macam biasalah daripada aku menaip panjang lebo ini, elok letak gambo baru syoookkk nya raya...hahahaha...

gambar bawah ini semua cousin aku termasuklah adik beradik aku.hehe



yang kat bawah ini pula adalah family yang tercinta , kesayangan dan segala-galanya...tema merah dan biru..meriah kan we all..;p



yang kat bawah ini pula gambar beraya rumah nenek saudara di kampung...



gambar bawah ini pula saudara aku...cuba teka dalam ramai-ramai ini sapa paling "muda"...hahaha...dah macam budak-buda pulak rasanya..indahnya sungguh di hari raya..lalala :p



Gambar kat bawah ini pula siapa lagi kalau bukan tuan punya blog...ok poyo sikit...;)



Itu saja yang nak share kat korang semua...hehe...hugs and love ;)

Wednesday, February 20, 2013

Peneman Setia Dikala Demam


Owh ubat....muak sudah untuk telan kau...nak masuk seminggu juga demam..dengan sakit tekaknya and mata merahnya...memang bestkan...demam yang inilah paling teruk sekali, selera makan pun tak ada..Semalam hampir saja nak pengsan, nasib baik aku sempat duduk dan makan..tiba-tiba pitam and tak dengar apa-apa langsung...huhu...:(...alhamdullilah hari ini semakin baik...hope get well soon hajar :)

Thursday, January 17, 2013

Dinner with My lovely Family


Hujung tahun lepas me and family pi makan steamboat kat flaming steamboat area Sunway...memang sangat2 best steamboat kat situ and harga pun berpatutan...satu kepala rm26.90++ murahkan..boleh ambil berapa banyak yang kita suka..serious makan x ingat dunia la kan...kat bawah ni semua moment saya bersama family...k bye...love u so strong :)








Wednesday, October 31, 2012

Korea Festival

Hello, hari ini hajar nak update tentang Korea Festival, ianya bukanlah di Korea tapi kat Sunway Piramid jek...so siapa yang tak pergi memang menyesallah bagi peminat tegar Korea..Hajar pergi 14/10  hari tu memang sangat best...hajar excited sangat pergi sana..mana taknya lelaki korea handsome plus comel ok...yang pentingnya hajar dapat cuba pakai hanbok..hanbok ni pakaian tradisional korea...memang sangat malu masa pakai itu, mana tak nya semua duk pandang2..malu dik oiii!!! tapi hajar nampak gemuk giler pakai hanbok tu maybe sebab pakai 2 lapis kn baju..bila pakai hanbok tu memang la nampak besor lagi..hahaha..nak tengok tak gambar hajar...eh relax ar dulu...nak citer lagi...lepas itu hajar pergi kat tempat makanan korea ok...I try la makan Ho-Ddeok, ia merupakan kuih manisan orang korea...first time try memang best and sedap and harganya berpatutan...:))....Aku pun belilah gambar MBLAQ...minat punya pasal...eh bila MBLAQ nak datang Malaysia..:(...nak tengok lagi2 Seungho...eh tiba2 masuk bab ni lak...ok balik pada festival tu...Selain tu, ada la jugak gerai-gerai jualan produk korea kat situ,, so diri ini dah sangat teringin pergi korea...tp entah bila hajat ini akan kesampaian..:(..tapi kalau usaha pasti ada jalan...chayukk hajar!!!!fighting!!!!

kAT BAWAH NI semua gambar-gambarnya...^_^

Hanbok

nampak besor pakai hanbok..:(

Style pashmina suka hati..