Friday, July 31, 2015

Fobia

  Hye dan Assalammualaikum semua, entah kenapa tiba-tiba rajin nak kemaskini blog selepas berbulan tidak update apa-apa. Hari minggu yang lepas, hajar hantar kawan naik bas BRT dekat Subang Jaya dalam pukul 8 malam. Lepas kawan hajar naik bas BRT itu, hajar pun tunggu la bas percuma Selangor ku untuk balik ke rumah. Nak di jadikan cerita, dah la hajar seorang yang tunggu bas, tiba-tiba datanglah budak kecik lelaki ni. Banyak-banyak kerusi kat bus stop ni boleh pulak kerusi sebelah aku yang dia nak duduk. Dah duduk tu boleh pula budak itu pandang aku atas bawah, aku dah risau sebab takut benda lama berlaku kembali. Nanti habis bab ini baru aku cerita yang dulu punya. Aku pun dengan perasaan cuaknya apa lagi teruslah bangun dari kerusi, kebetulan pula ada pemandu bas kat situ, aku apa lagi terus pergi kat pemandu bas tu. Eh tiba-tiba masa aku bangun, budak itu pun boleh bangun sekali lepas itu dia main kat eskalator pula. Dalam hati, budak ini nak mencuri ke apa. Kecil-kecil dah macam itu, budak itu dalam anggaran darjah 5 macam itu. Menakutkan betul. Nasib baik tak lama itu pintu bas dibuka, aku teruslah cabut naik bas.

    Cerita yang kat atas itu cerita yang baru, meh aku cerita pasal apa aku fobia. Dulu masa aku study kat Ipoh, boleh dikatakan every week akan balik ke Subang Jaya. Adalah satu hari ini, aku balik sorang-sorang. Masa itu naik bas kat stesen bas Medan Gopeng, masa tengah tunggu bas aku sampai aku pun duduklah tunggu kat area stesen bas. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ini datang kat aku, aku pun macam pelik tapi malas nak fikir negatif jadi biarkan sahaja. Selepas itu, dia tanya aku "kak nak balik mana"..aku jawab "nak balik Kuala Lumpur". Tiba-tiba dia terus buka cerita yang dia nak balik Teluk Intan tapi duit tak cukup pastu siap tunjuk ic yang mcm belacan aku tengoknya. Kebetulan dalam poket masa itu ada RM10 sahaja, nama pun student poket pun kosong. Aku dengan ikhlas hati bagilah duit kat budak itu, aku ingat settle la masalah dia sebab aku memang tak ada duit dah. Eh tetiba pula dengan beraninya dia boleh pula pegang pisau yg macam gambar kat bawah itu. Yang menakutkan aku dia boleh pulak ugut nak bunuh diri, siap letak pisau kat pegelangan tangan dia. Siap cakap kat aku "kalau akak tak percaya dengan apa yang saya cerita saya nak bunuh diri, saya tak dapat balik pun tak apa" Aku rasa budak ini pschyo paling teruk aku jumpa.




   Bodohnya aku masa itu sebab aku tak menjerit minta tolong, padahal ramai orang kat stesen bas itu. Mungkin sebab dah ketakutan sangat aku pun terus bangun dari tempat duduk. Aku ingat bila aku dah bagi duit dia dah tak kacau aku, eh boleh pula dengan beraninya dia ikut aku. Aku punya takut masa itu sebab dia letak pisau tu kat poket dia dan asyik ugut nak bunuh diri. Siap cakap akak ambillah balik duit akak ini saya tak apa, saya boleh bunuh diri. Tak lama itu aku pun apa lagi cuba untuk elak dari dia, aku buat trick lah apa lagi, konon pergi kat bas tempat lain tapi bas aku kat tempat lain. Bila aku tengok bas aku dah buka pintunya terus aku cabut naik bas. Masa dalam bas tu, aku duk intailah, nak tau apa?? budak itu boleh mundar mandir cari aku.Segala ceruk bas dia cari, tiba-tiba sampai sahaja dia dekat bas aku kebetulan pintu bas dah di tutup dan bas bergerak. Masa itu aku hanya mampu cakap Syukur sebab aku selamat.

     Apa korang rasa kalau benda ini jadi kat korang?? fobia itu mestilah. Sampai sekarang aku rasa fobianya. Syukur pada Allah semuanya selamat. So pada korang terutamanya perempuan, jangan berani gi sana sini sorang-sorang sebab sekarang ini bahaya. Banyak kes kena culik lah, itu lah ini lah, so kalau jalan sorang pastikan handphone sentiasa ada and full bateri, kalau boleh dalam handbag simpan benda tajam or spray yg pedas itu. Kita kena sentiasa berwaspada pada sekeliling kita. Aku rasa terpanggil nak share dengan korang. kalau boleh jangan layan or bercakap dengan orang yang tak kenal. Panjang pula karangan aku hari ini, ok lah yang terakhir sekali sayangi diri dan sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada. 


xoxo

Hajar ;)

Friday, April 24, 2015

Cousin Wedding 2015

Assalammualaikum semua, hajar nak throwback sikit masa wedding cousin hajar dekat Johor Bahru pada 4/4/2015. Biasalah bila lama sedara mara tak jumpa bila jumpa mulalah bergambar sana sini. Hajar rasa gambar kami yang sepupu ini lebih banyak dari gambar pengantin kot, sorry sha (pengantin perempuan aka my cousin) 



Tema untuk kami yang sedara mara ini color dusty pink, ha apa lagi semua duk pakat warna samalah yang seakan-akan pun ada kira janji pink sudah. Gambar di bawah itu hanya separuh sahaja, Banyak gambar yang kami ambil, kebetulan wedding dekat dengan kolam, apa lagi bergambar tepi kolamlah banyaknya.









Masa syok bergambar tiba-tiba ada makcik dengan pakcik tegur kami cakap " Kalau ambik gambar dalam kolam lagi cantik" Kami apa lagi bantal gelaklah, pakcik ini buat lawak pulak. Ingat bridal , shower ala sharifah sakinah, terjun kolam gitu. HahAHA.



Inilah pasangan cousin hajar, ucapan untuk diaorang semoga berbahagia till Jannah dan cepat2 timang baby..hehe


Thursday, April 16, 2015

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Assalammualaikum dan hello semua :)

Semua orang lalui perubahan dalam hidup, ada perubahan yang menjadi lebih baik, ada yang menjadi lebih cantik, ada yang jadi lagi kacak. Eh macam-macamlah lagi, Tak ada orang yang nak lahir tak sempurna contoh lahir buta, cacat, pekak dan bisu. Semua itu sudah ketentuan Allah. Kita yang sempurna cukup semuanya kenapa masih tidak bersyukur? . 

Macam hajar sendiri, masa sekolah dulu memang a bit different dari sekarang. Masa sekolah hajar ini gelap aka hitam plus pula kepada gemuk, kira memang pakejlah. Hajar sangat merendah diri masa sekolah, hajar tak pandai nak bergaul dengan kawan-kawan yang ramai. Hajar teringat bila balik sekolah mesti ada sekumpulan lelaki akan kejar hajar dan ejek kuat-kuat cakap hajar gemuk hitam plus ada singkatan lagi GH. Yang paling sedihnya bila mamat yang hajar suka pun duk sama ejek hajar, wow kau memang gila kentanglah hajar oiii. Semua ini tak lama, dalam petengahan tahun macam itu, hajar pindah sekolah sebab ayah kena transfer. Masa itu, rasa bersyukur sebab tak payah nak hadap muka-muka depa tu, fuhh lega gitu...



Masa berlalu dengan pantas, thanks to them now hajar lebih hargai orang lain dan hajar tak memilih untuk berkawan. Bagi hajar kalau luaran sahaja cantik atau kacak tak guna sebab dalaman yang sangat penting.Confident level hajar agak ok berbanding dahulu.



Just nak share lah ye, macam mana cantiknya awak kalau perangai buruk tetap juga nampak buruknya begitu juga macam mana kacaknya awak tapi perangai teruk tak usah nak mimpi dapat perempuan yang baik. Kita semua ini sama sahaja, semua orang ada kecantikan yang tersendiri, tak payahlah duk menghina orang yang lemah sebab mungkin nanti berbalik pada awak sendiri. 


Untuk semua perempuan yang rasa diri tak cantik macam orang lain, baik hentikan lah sebab awak sebenarnya lagi cantik dari mereka. Make a change my dear, nak cantik kena rajin dan makan masa yang lama. Hajar tak kata hajar cantik tapi hajar beryukur sebab dapat cerahkan kulit hehe...sekarang target nak kurus tapi macam tak kesampaian jadinya sekarang just control makan sahajalah bagi badan tak kembong...hahaha




Thursday, August 7, 2014

Lama tak update oi

Assalamualaikum,rasanya dekat setahun tak update blog ini..padahal banyak sangat story yang nak share kat korang tau. Its ok hajar take time gitu 😝😝
Ini pun kita update pakai phone,nak buka laptop punya malas lahai 🙈🙈
Now i'm finished my study yeah and i'm seeking for the jobs..anyone yang company depa ada kosong bagitau la kt cheq na 💃💃

Okay lah,tak tau nak update apa lagi..gambar2 sat2 gi kita upload and update banyak2 sekali ✌✌✌✌

Monday, August 19, 2013

Cerita Raya ku 2013

Assalamualaikum and hye semua entry kali ini nak cerita hari raya yang lepas, macam biasalah aku balik kampung Johor. Tahun ini beraya ala kadar sahaja maksudnya tidak semeriah tahun sebelum-sebelum ini. Mungkin bila dah dewasa kemeriahan raya itu tak dirasai sangat berbanding waktu kecil. Tahun ini tema kami sekeluarga adalah merah. Merah mak ngah gitu. Macam biasalah daripada aku menaip panjang lebo ini, elok letak gambo baru syoookkk nya raya...hahahaha...

gambar bawah ini semua cousin aku termasuklah adik beradik aku.hehe



yang kat bawah ini pula adalah family yang tercinta , kesayangan dan segala-galanya...tema merah dan biru..meriah kan we all..;p



yang kat bawah ini pula gambar beraya rumah nenek saudara di kampung...



gambar bawah ini pula saudara aku...cuba teka dalam ramai-ramai ini sapa paling "muda"...hahaha...dah macam budak-buda pulak rasanya..indahnya sungguh di hari raya..lalala :p



Gambar kat bawah ini pula siapa lagi kalau bukan tuan punya blog...ok poyo sikit...;)



Itu saja yang nak share kat korang semua...hehe...hugs and love ;)

Wednesday, February 20, 2013

Peneman Setia Dikala Demam


Owh ubat....muak sudah untuk telan kau...nak masuk seminggu juga demam..dengan sakit tekaknya and mata merahnya...memang bestkan...demam yang inilah paling teruk sekali, selera makan pun tak ada..Semalam hampir saja nak pengsan, nasib baik aku sempat duduk dan makan..tiba-tiba pitam and tak dengar apa-apa langsung...huhu...:(...alhamdullilah hari ini semakin baik...hope get well soon hajar :)

Thursday, January 17, 2013

Dinner with My lovely Family


Hujung tahun lepas me and family pi makan steamboat kat flaming steamboat area Sunway...memang sangat2 best steamboat kat situ and harga pun berpatutan...satu kepala rm26.90++ murahkan..boleh ambil berapa banyak yang kita suka..serious makan x ingat dunia la kan...kat bawah ni semua moment saya bersama family...k bye...love u so strong :)