Assalammualaikum,
Hajar nak berkongsi kisah duka dan pedih dalam hidup ini. Tarikh 27/7/2019 merupakan tarikh yang paling sedih dalam hidup hajar. Ia merupakan tarikh mama kesayangan hajar meninggal dunia. Hajar tak pernah bayangkan mama tak ada disisi, sudah 1 tahun lebih mama pergi tapi hajar sentiasa ingat dan rasa mama tu ada dekat hajar.
Tahun 2019 merupakan tahun yang paling mencabar dan duka bagi hajar. Ianya bermula bila arwah mama merasa sakit kembali, masa tu bulan 2. Sebelum ini, mama pernah operate buang tumor otak tahun 2018. Kami ingat selepas itu dah tak ada lagi rupanya tidak mama diserang sakit yang sama kembali. Masa mama dah rasa sakit kat kepala balik, mama fight untuk sembuh, mama tak putus asa langsung. Kami pergi berubat secara tradisional sampai ke Perak tapi tetap sama. Lepas kami tengok mama makin sakit, kami buat keputusan untuk bawa mama ke hospital. Bila doctor buat MRI dan keputusannya tumor Mama membesar 4cm. Masa tu hajar dan keluarga rasa sedih dan kami sebulat suara untuk mama operate. Sebelum mama operate, mama pesan suruh jaga anak-anak buah hajar sebab diaorg anak yatim, sebelum ni mama yang jaga. Mama pesan lagi suruh jaga ayah dan adik-adik semua dan macam-macam mama pesan. Mama juga cakap redho kalau dia pergi. Hajar cakap eh mama ni, mama mesti sembuh jangan risau.
Bulan 3 mama pun operate, dalam pertengahan bulan macam tu..Operation berjalan lancar alhamdullilah, tapi....keesokkan harinya kitaorg dikejutkan dengan berita bahawa mama punya otak reboot, maksudnya mama akan lambat sedar. Hampir sebulan mama koma di ICU, hari-hari hajar datang bagi semangat kat mama untuk kuat dan lawan sakit. Hari-hari hajar mohon kat Allah, jangan ambil mama bagi mama cepat sedar dan sembuh sepenuhnya. Alhamdullilah mama sedar dari koma, selepas mama sedar, macam-macam rawatan doctor sarankan..semuanya kami lakukan yang terbaik untuk mama.
Bulan 5 macam tu mama dibenarkan balik, alhamdullilah hajar dapat jaga mama sepenuhnya..benda paling hajar bersyukur sampai sekarang adalah dapat jaga mama yang sakit dengan sepenuhnya. Hari-hari hajar mandikan mama suap makan semua, ialah mama dah tak boleh bergerak.Walaupun keadaan mama macam tu, mama masih tak putus asa, tetap mahu berjalan seperti biasa.Hampir dua bulan hajar jaga mama, alhamdullilah dapat raya bersama walaupun rupanya itulah raya terakhir kami sekeluarga bersama.
Video : Raya Terakhir dengan Mama click kat link tu untuk video raya terakhir dengan mama dan jangan lupa subscribe....
Banyak sangat momen terakhir hajar dengan mama, walaupun 2 week sebelum meninggal mama dah koma..paling hajar sedih bila bawa mama ke hospital kali terakhir dan doctor kata dah tak ada jalan lain lagi, keluarga semua kena REDHO... masa tu hajar memang tak dapat terima hakikat yang mama akan pergi meninggalkan kami semua...
Jumaat malam, selepas hajar hantar balik ustazah yang berubat mama. Hajar uruskan mama macam biasa, hajar pastikan mama selesa semua..barulah hajar kebilik untuk solat isyak...malam tu hajar mohon kesembuhan dan ada keajaiban untuk mama sedar..hajar juga berdoa Ya Allah kalau apa yang terbaik untuk mama ku, Aku redho...Aku redho kalau dah tertulis dia akan pergi selamanya...Aku redho Ya Allah....dan esok pagi bangun sahaja kami untuk subuh, mama sudah tiada...mama meninggal dunia...tiada lagi gelak tawanya, kata-katanya dan orang yang paling hajar sayang dah tiada..sakit untuk menerimanya sehingga kini tapi demi Allah aku redho...Hajar tau syurga tempat mama, mama bertarung nyawa melahirkan kami 7 beradik dan bertarung nyawa melawan sakit tumor otak.. Terima Kasih Allah kerana memori-memori yang indah bersama mama...mamalah nyawa ku...syurga ku...Kau tiada gantinya...Tunggu hajar mama...hajar rindu mama...semoga kita sekeluarga berkumpul nanti di syurga...AAMIIN...
aL-FAtihah Arwah Sujana Bt Suboh 26/4/1966 - 27/7/2019.....
Monday, November 30, 2020
Saturday, June 15, 2019
Opsss!!!!! Ada Lesen tapi takut Nak Drive :p
Assalammualaikum semua, lamanya tak update blog. Jadi untuk tahun 2019 ini, hajar nak bercerita tentang macam mana hajar dapat lesen memandu kereta. Sebelum itu, hajar nak story tentang macam mana hajar amik lesen car driving dulu.
Hajar amik lesen masa tu umur 21 tahun, kira dah sepuluh tahun beb lesen aku. Hebat bukan..hahaha...Back to story, hajar masa tu tengah tunggu tawaran sambung diploma sebab sebelum tu amik sijil kt politeknik. Jadi time tu kerjalah, masa tu kerja pembantu inventory kt warehouse gaji memang ciput habis wei RM800 cam tu. Dekat setahun gak hajar kerja situ.
Time tu amik lesen kereta RM900 ke RM1000 macam tu, jadi hajar macam hmm gaji kecil macam mana nak amik lesen ni kan. Lepas tu tak puas hati pergi driving school dan tanya boleh ke kalau saya bayar ansuran tiap bulan untuk dapatkan lesen kereta. Memang time tu nekad habis, nak juga belajar drive kereta. Alhamdullilah owner tu kata boleh, time tu memang syukur sangat.
Dengan gaji yang kecil time tu hajar sangat nekad untuk ada lesen kereta. Hajar sanggup ikat perut tahan lapar kat pejabat sebab duit nak guna untuk amik lesen semua. Alhamdullilah hajar dapat habiskan kelas drive semua, walaupun amik masa yang lama tapi syukur sebab lulus semua.
Lepas dapat lesen kereta hajar tiba-tiba takut nak drive kereta. Hajar start drive kereta ke jalan raya tahun 2017 macam tu, bayangkan beria kau amik lesen tapi bertahun baru berani nak drive kat jalan raya..haha..rasa kelakar..itu pun hajar memang push habis diri time tu untuk drive kereta ke jalan raya besar. Alhamdullilah sekarang hajar dah teror drive kereta gitu, dah lepas dari KL - JB, KL - PERAK.
Kepada korang yang ada lesen tapi takut nak drive sila paksa diri sendiri untuk drive, sebab bila kita cakap kat diri kita boleh dan positif think mesti kita akan berani untuk drive kereta. Sebab hajar pernah alami situasi macam itu jadi hajar memang faham habis, yela bila ada lesen tapi tak drive kereta orang duk mengata. Eh hajar, ada lesen kan nape takut nak drive? Eleh drive ajela..bla bla bla...time tu memang rasa bengang tapi sekarang tidak lagi.
Hajar amik lesen masa tu umur 21 tahun, kira dah sepuluh tahun beb lesen aku. Hebat bukan..hahaha...Back to story, hajar masa tu tengah tunggu tawaran sambung diploma sebab sebelum tu amik sijil kt politeknik. Jadi time tu kerjalah, masa tu kerja pembantu inventory kt warehouse gaji memang ciput habis wei RM800 cam tu. Dekat setahun gak hajar kerja situ.
Time tu amik lesen kereta RM900 ke RM1000 macam tu, jadi hajar macam hmm gaji kecil macam mana nak amik lesen ni kan. Lepas tu tak puas hati pergi driving school dan tanya boleh ke kalau saya bayar ansuran tiap bulan untuk dapatkan lesen kereta. Memang time tu nekad habis, nak juga belajar drive kereta. Alhamdullilah owner tu kata boleh, time tu memang syukur sangat.
Dengan gaji yang kecil time tu hajar sangat nekad untuk ada lesen kereta. Hajar sanggup ikat perut tahan lapar kat pejabat sebab duit nak guna untuk amik lesen semua. Alhamdullilah hajar dapat habiskan kelas drive semua, walaupun amik masa yang lama tapi syukur sebab lulus semua.
Lepas dapat lesen kereta hajar tiba-tiba takut nak drive kereta. Hajar start drive kereta ke jalan raya tahun 2017 macam tu, bayangkan beria kau amik lesen tapi bertahun baru berani nak drive kat jalan raya..haha..rasa kelakar..itu pun hajar memang push habis diri time tu untuk drive kereta ke jalan raya besar. Alhamdullilah sekarang hajar dah teror drive kereta gitu, dah lepas dari KL - JB, KL - PERAK.
Kepada korang yang ada lesen tapi takut nak drive sila paksa diri sendiri untuk drive, sebab bila kita cakap kat diri kita boleh dan positif think mesti kita akan berani untuk drive kereta. Sebab hajar pernah alami situasi macam itu jadi hajar memang faham habis, yela bila ada lesen tapi tak drive kereta orang duk mengata. Eh hajar, ada lesen kan nape takut nak drive? Eleh drive ajela..bla bla bla...time tu memang rasa bengang tapi sekarang tidak lagi.
Monday, October 23, 2017
Pulau Pinang Trip Bajet Day 2
Assalammualaikum dan hye semua, kali ini hajar nak sambung pula trip bagi kami. Disebabkan teringin nak pergi ke Bukit Bendera, maka hajar pun gagahkan diri dan 'search' cara yang senang untuk pergi ke Bukit Bendera menaiki pengangkutan awam. Awal-awal pagi lagi kami naik Grab Car untuk ke Komtar Terminal (jalan kaki dalam 600m) tapi sebab kemalasankan jadi kami naik sahaja Grab car, tambang pun hanya RM3 sahaja. Sebelum naik bas kami sarapan dulu, kebetulan ada gerai-gerai makanan di area terminal bas itu. Alhamdullilah kuih semua sedap-sedap wei kat situ, harga pun sangatlah berpatutan.
Dekat terminal komtar ini senang sangat korang nak pergi mana-mana naik bas sebab ada skrin paparan nombor bas dan lokasi yang bas itu akan pergi terpapar pada skrin tersebut. Untuk ke Bukit Bendera kami naik Bas Rapid (204) tambang hanya RM 2 sahaja.
Sesampainya kami di Bukit Bendera terus ke kaunter untuk membeli tiket masuk. Untuk pengetahuan semua, kalau korang tak nak bersesak-sesak dicadangkan ambil tiket yang ekpress tapi kalau korang rasa mahal korang boleh datang awal. Masa hajar sampai dalam pukul 10.30pagi jadi tidak ramai orang. Kami beli tiket yang RM 10 untuk 2 hala, kalau korang pelajar silalah bawa kad pelajar kemana sahaja kerana untung wei. Harga pelajar hanya RM5 pergi balik.
Masa beratur nak naik 'train' kemain 'excited' sebab tak pernah pergi situ kan. Dalam train itu, korang pilihlah tempat duduk yang strategik barulah boleh tengok permandangan yang cantik sekitar Bukit Bendera.
Bila dah sampai kat area atas itu apa lagi memang bergambar sakanlah kami, setiap sudut kami bergambar. Sambil tengok keindahan Pulau Pinang dari atas itu.
Kami turun dari Bukit Bendera dalam tengahari macam itu sebab nak pergi makan tengahari. Kelaparan tahap dewa dah rasanya masa ini. Macam biasa kami naik Bus Rapid (204) tambang RM 2 juga.
Makan tengahari kami pada hari ini adalah MEE SOTONG dan Pasembor. Kebetulan bas yang kami naik turun dekat area Padang Kota, jadi apa lagi kami turunlah kat situ. Lepas makan tengahari kami balik ke hotel berehat.
Disebabkan semalamnya kami tak dapat makan Ais Kepal, jadi kami pun apa lagi jalan kaki ke Penang Street Arts. Dari hotel kami hanya 600 m. Kepenatan berjalan sudah terasa jadi apa lagi terus pergi ke gerai Ais Kepal, fuhhh nasib baik buka.
Kami berjalan sampailah kat Little India, sekali tengok signboard Padang Kota dekat depan sahaja. Terus kami jalan ke area Padang Kota. Sampai area Padang Kota apa lagi kami pun menjalankan misi makan dan makan dan makan. Kali ini, kami makan PASEMBOR dan SOTONG KANGKUNG Terbaik wei. Sedap giler makanan kat area situ.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bateri fon dan laptop dah habis, maka nanti hajar sambung lagi okay...
xoxo,
hajar :p
Thursday, October 19, 2017
Pulau Pinang Trip Bajet 2017 Day 1
Assalammualaikum dan hye semua, sudah lama hajar tidak kemaskini blog ini. Hari ini hajar nak kongsi percutian bajet ke Pulau Pinang bersama adik beradik hajar. Awal tahun 2017 dalam bulan Januari macam itu, hajar tempah tiket Air Asia yang FREE SEAT. Dapat harga yang sangatlah murah hanya RM30 pergi dan balik. yohoooo..Alhamdullilah dapat tempah untuk bulan September 2017.
Okay balik ke cerita asal, hari pertama aka day 1 kitaorang naik flight dari KLIA 2 KE Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Flight kami memang awal pagi, jadi sampai Penang pukul 8.30 pagi. Sebelum pergi memang hajar dan adik-adik ada 'search' dekat blog untuk trip ke Penang ini, jadi sampai sana senanglah. Kami jalan sikit dekat depan airport dah ada 'Bus Stop' . Kami naik Bas Rapid 102 untuk ke terminal Komtar di George town. Murah sangat korang tambang bas hanya RM2.70. Sampai ke Terminal Komtar, kitaorang naik Grab Car hanya RM 3 ke ROTI CANAI TRANSFER ROAD untuk sarapan pagi.
Sarapan pagi kami Roti Canai - RM 3 , Roti Bakar RM 4. Hajar paling suka makan roti bakar kat sini sebab sedap gila wei, makan sekali rasa nak lagi. Roti Canai pula sedap cuma kuah dia pedas bak hang.
Selepas sarapan pagi, kami jalan kaki untuk 'check in' hotel, kebetulan hotel yang kami duduk ini dekat dengan kedai makan tadi. Okay untuk hotel pula, dah nama pun trip bajet mestilah hotel pun bajet kan :p . Sebab kami pergi bertiga maka kami ambik bilik besar sikit. Tapi tak mahal mana pun, bilik yang kami tempah ada katil 'Queen' satu dan katil 'Single' satu. Memang cukup untuk tiga orang. Bilik satu malam anggaran RM80, kami dekat Penang 3hari 2malam. Kami bahagi harga hotel itu kepada 3 jadi memang jimat habis la kan :p Korang boleh check dekat AGODA harga hotel bajet ini.
Sangat recommended untuk yang trip bujang perempuan macam kami ini, tempat dia selamat dan uncle kat kaunter tu pun baik.
Motif utama kami nak ke Penang ini sebab makanan sahaja, jadi apa lagi tengahari kami naik grab car pergi ke Restoran Deen Maju, orang Penang kata restoran ini memang top sekarang dan paling sedap la dekat situ. Naik grab car murah sahaja korang hanya RM 4. Bahagi 3 orang berapa la sangatkan. Nasi Kandar murah sahaja kat sini wei, RM 6 korang dah boleh dapat ayam goreng dan sayur goreng. Kuah dia jangan ceritalah memang terbaik.
Selepas makan kami apa lagi, naik Grab Car lagi pergi kat Penang Street Arts tambang RM 4. Kononnya nak rasa kesedapan Ais Kepal yang orang viral itu tetapi kedainya tutup pula. Jadi jalan-jalan sahajalah dekat lorong-lorong ini.
Kami jalan sampai lewat petang jadi teruslah beli makanan untuk malam. Kami beli Roti Nan Cheese dekat Restoran Kapitan area Little India.
.
.
.
.
.
.
Trip kami ke Penang ini tak ada pun pergi ke musium dan gallery yang tengah viral bagai kan, trip ini lebih kepada makanan. Bagi hajar bajetlah sebab duit belanja dekat makanan sahaja. Okay jom sambung Day 2 pula.....
xoxo,
Hajar :p
Monday, December 14, 2015
Update Blog Please
Assalammualaikum, hari ini hajar merajinkan diri untuk update blog sebab dah lama sangat tak update dan plus hajar nak update tentang my own product which is STRONG ACIDIC WATER p.H 2.5 & BEAUTY WATER p.H 5.5
Tengok dekat gambar, hajar feeling2 dekat Klebang..hehe...jadi Model untuk produk sendiri pun jadilah, tak mampu nak upah model u alls..hehe...doa-doalah semuanya berjalan dengan lancar. Next update, nak cerita tentang kebaikan produk ku ini..hehe...TUNGGU :)
Saturday, August 15, 2015
Beraya di Singapura
Hye semua, i'm back ;) hajar nak story masa hari raya hari itu. Tahun ini raya ke 3 pergi beraya rumah saudara di Singapura, sambil beraya tentulah hajar pergi berjalan sekali. Walaupun duit Malaysia tengah jatuh dan yang paling best, sebelum pergi Singapura tukar duit dekat JB, hajar tukar dalam RM300 cam tu lah rasa sedih sebab dalam SGD dalam 100 lebih dollar sahaja. Mana taknya time tu duit SGD 1 dollar, duit MYR RM2.80. Tapi tak apalah demi nak beraya rumah saudara sambil meniaga dan berjalan, hajar gagahkan jugalah. Btw dahlah pergi naik bas, nasib baik tak ramai orang sebab pagi kan. Sampai Singapura nasib baik uncle dan untie pick hajar dan adik2 semua. So my journey begins... ;)
"Buku merah jangan lupa bawa moga2 belum tamat tempoh"
Kebetulan pergi masa raya ke 3 hari ahad, hajar sampai dalam pukul 10.30pagi macam tu. Sampai rumah saudara dekat woodlands, hajar pun apa lagi beraya sambil lepak la sebab penat kan.Selepas zohor macam tu, hajar pun gerak nak beraya rumah saudara yang lain kat teban area Jurong east. Sebelum beraya tu cousin hajar bawa pergi berjalan kat Vivo City sebab kebetulan memang nak shopping baju dan seluar sikit kat mal. :p
"Waiting for my untie and uncle pick me at station MRT"
"Bergambar di hadapan Vivo City Mall"
" Dalam bangunan Vivo City"
Dekat Vivo City ini memang shopping mall yang besar, kalau korang nak pergi USS or Sentosa Island korang boleh naik monorel dekat area vivo mall ini. Dulu hajar pernah lalu vivo masa itu nak pergi ke USS, jadi hanya lalu sahaja tak sempat berjalan. Jadi kali ini pergi apa lagi berjalan la hajar dengan adik2 dan cousin sekali. Sebenarnya ada barang yang boleh kita beli dan harga berpatutan dari kat Malaysia. Contoh macam hajar beli seluar jeans kat forever 21 harga SGD 15 dollar duit Malaysia dalam RM42. Dekat Malaysia, seluar yang hajar punya tu harga RM49, nampak tak hajar dah jimat RM7 kat situ.
"Bergambar bersama cousin di Singapura, tadi dia study kat UK"
"Bersama kesayangan hamba"
"Cousin belanja Coffee Beans"
Dah penat berjalan kami pun apa lagi, terus pergi ke rumah saudara kat teban.Lepas maghrib terus gerak balik ke rumah saudara yang dekat Woodlands. Dekat Singapura yang bestnya sebab bas tak payah tunggu sampai berjam-jam, tak sampai 10 minit dah sampai basnya memang sangat cepat. Sampai kat stesen Mrt kt Woodlands, uncle pick up kami semua. Adik sibuk nak pergi ke Mustafa Center sebab dia tak pernah pergi. Mustafa Center dekat little india. Tempat dia menarik barang-barang pun murah dan berpatutan, memang sangat berbaloi. Siapa yang pergi Singapura memang hajar syorkan korang pergi kat Mustaffa Center ini, sebab apa??? sebab minyak wangi yang berjenama murah giler kat sini weiii....serious tak tipu. Hajar beli minyak wangi Victoria Secret baru 12 dollar. Banyak jenamanya. Yang best lagi hajar shopping nutela kat sana..hahaha..mana taknya Nuttela yang besar baru 8 dollar. murah kan...duit Malaysia baru RM22.40. Kalau beli kat Malaysia RM32 keatas macam tu. Yang terkilan sangat tak beli vivo crunchy, sebab kat SG baru 7 dollar. Dekat KLCC hari itu hajar tengok RM49 KOT weii...mahal kan??? :(
"Bergambar dengan anak saudara yg kecik molek tu"
" Jalan di Little India" terlupa nak amik gambar kat Mustaffa Center :(
Subscribe to:
Posts (Atom)